Saturday, February 13, 2016

Realism time

Assalamualaikum w.b.t and good day I bid to all of you.

             
       Well aku secara tiba-tiba je rasa nak start blogging balik kerana aku rasa aku patut menyampaikan idea-idea dan teori yang sedang berada di dalam kotak fikiran aku. Lalu, aku pun me- login lah email dan password aku. Email pun guna Yahoo. So 2000-late. Tapi disebabkan aku ni malas nak buat research tentang cara macam mana nak tukar email yang kita guna ni, aku biarkan jelah begitu. Tak salah pun kan. Email Facebook pun still Yahoo kan? Bercakap tentang Facebook, apa khabarlah agaknya akaun laman sosial aku yang satu itu. Mesti dia kesunyian. Tapi nak buat macam mana. Aku nak share gambar Instagram aku kat Facebook tak boleh. So again, aku give up nak betulkan benda alah tu. Boleh betulkan dengan cara uninstall app Instagram dan reinstall balik. Tapi aku punya memori phone dah penuh dan kalau aku uninstall nak reinstall tu Nauzubillah payah. Akan tetapi, aku still lagi aktif di Twitter. Kalau aku tak aktif kat situ tu, aku memang umpama "katak di bawah tempurung". Lagipun, sebagai pelajar L (rahsia), aku kena lah aware sikit tentang hal-hal semasa ni. Karang diaorang (classmate aku) berdebat dan berbincang pasal sesuatu isu tu, aku duduk tercongak je. 


         Okay berbalik kepada topik yang asal. Actually tak ada topik pun lagi tapi aku macam nak imbas kembali lah kenangan post-post lama aku kat blog ni. Banyak juga aku post. Walaupun just 95 post tapi banyak lah jugak. Aku buat blog ni pun masa 2010. Tapi blog ni blog budak-budak merepek dan makan kerepek. Aku lah budak tu. Blog dah lama tapi tak pemes-pemes pun. Yelah dulu goals nak pemes tapi tak dapat. LOL! Tapi sekarang tidak lagi. Aku dah convert post semua tu ke draft. Masa aku baca balik post-post lama tu...... Ya Allah! Siapa lah budak ni. Rempit betul bahasanya. "Aq", "Kowang", "Fween" and etc. Maybe aku ni kekurangan pendedahan kepada penggunaan bahasa Melayu yang betul kot ketika waktu itu. So that's why lah aku macam tu (bersangka baik dengan diri sendiri). Tak salah bersangka baik dengan diri sendiri. Yang penting Nawaitu tu. Niat mesti baik dan ikhlas. Tapi sekarang ni aku ni tulis dan taip je gaya macam orang KL tapi cakapnya still lagi loghat Johor. Kuat bebeno 'O' dalam gaya percakap aku. Padahal bukan anak jati Johor pun. Orang nogori. Orang pilah lagi. Masya-Allah sisturrrr.

                 
        Okay lah ni. Post panjang ni. Aku mintak maaf kerana penggunaan aku kepada yang lebih tua. Oh ya. Aku tak tahulah kenapa aku still sempat tulis benda alah ni semua. Padahal assignment banyak kot tertangguh ni. Aku dah meroyan nak kejar masa yang semakin hari semakin pantas. So last advice, bangun dan bangkit daripada mimpi lena kau. Sekarang dah nak masuk bulan tiga dah untuk tahun 2016 (Oh gosh! I really hate it when people use this 2K16 shit. It's shitty).


Love always, 
Hazie

                   


No comments:

Post a Comment