Wednesday, April 20, 2016

Finish

Assalammualaikum and good evening.


Sudah hampir dua bulan aku mengabaikan rancangan aku nak update blog ni dengan lebih kerap. Tetapi apakan daya, aku cuma seorang manusia yang khilaf dan terlalu sibuk dengan urusan dunia untuk melaksanakan impian aku itu. Sebagai seorang manusia, telah menjadi lumrah bahawa kita hanya mampu merancang. Yang lain? Cuma Dia Yang Satu itu sahaja yang tahu pengakhirannya sama ada baik atau yang buruk. Kalau baik, kita anggap ianya satu cabaran kerana Allah mungkin mahu melihat sejauh mana iman kita boleh kekal pada Yang Satu. Kalau buruk, anggaplah itu ujian dan cubaan oleh Allah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik daripada apa yang kita telah jadi pada hari ini. 

Alhamdullilah. Pada 14 April 2016, berakhirlah sudah perjalanan aku dalam dunia "Asasi". Ya, aku seorang pelajar asasi undang-undang UiTM. Overall pengalaman aku tentang foundation studies ni, memang best. Pendek? Memang pendek. Just study for one year and PAP!, you're done. After that, boleh sambung degree. Tapi memang sangat pack dan fast track pelajaran kat sini. Kalau korang terlalu leka pasal dah jauh dari mak dan ayah kat kampung dan lambat sangat nak biasakan diri dengan subjek-subjek yang hard core, memang susah lah nak cakap macam mana keputusan final nanti.

Aku bukan nak discriminate orang-orang macam ni. Yelah aku faham pasal ni terjadi kat aku masa semester satu yang lepas. Just tang lambat nak biasakan diri jelah. Aku hari-hari call mak aku. Rindu kahkahkah. Anyway, First time datang Kampus Kuantan, kenal housemates dan classmates, memang rasa kerdil lah diri ni dari segi pelajaran. Yelah, most of them daripada SBP (Sekolah Berasrama Penuh) or MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Aku ni cuma dari sekolah harian biasa aja. Tapi takpe, aku still bangga jadi Convent girl. Keputusan GPA aku semester satu memang lepas target aku. First dapat result tu memang happy lah tapi lepas je dengar kawan-kawan aku punya result, Ya Allah rasa macam usaha aku tu memang hmm. Tapi aku punya effort last sem memang takde lah banyak sangat pun. Malas je lebih.

Ikhlas aku cakap, semester dua ni memang usaha aku lebih. Aku terpaksa bagi effort berkali-kali ganda dari semester satu pasal nak cover aku punya overall CGPA. Ya sebagai seorang manusia yang khilaf, aku rasa menyesal tak study smart masa semester satu. Past is past, aku cuba buat yang terbaik untuk capai target aku untuk CGPA ni. Aku harap sesangat lepas, walaupun sebenarnya aku sendiri rasa target aku tu macam susah sangat nak capai. Tapi tidak mustahil kawan-kawan. Aku cubalah buat yang terbaik untuk assessment aku pasal kat situ lah boleh banyak membantu aku nanti. 

Aku nervous nak dapat result. Katanya dapat dalam hujung bulan lima atau tengah bulan lima. Aku nak sangat sambung pelajaran aku kat Degree Law kat UiTM. Aku rasa macam ni first time dalam hidup aku nak something so hard. Yeah, I'm one of the person who kinda always takes things for granted. So hopefully result aku capai lah target aku tu. Aku akan mohon UKM sebagai back up kalau tak dapat UiTM tapi aku memang nak sambung UiTM lah.

Below here is my pictures during semester two:-


My classmates dari semester satu sampailah semester dua. (PI005 1A/LWP02E)
Oh ya, baju biru tu Miss Eleyana, lecture ELC093 kami dan a few of our classmates not in the picture.


My housemates untuk semester kedua. Unfortunately kita orang takde ambik gambar masa semester satu. Well semester satu ada 12 orang and semester dua ada enam orang. Yang lagi satu tu dah nak balik so takdelah dalam gambar ni. 

Okay, aku akan rindu semua ni. Kenangan baik atau buruk semuanya aku rindu. Kita manusia ni hidup kat dunia ni sementara je. Tapi tak bermakna kena enjoy 24/7, no. Gunakan lah masa yang terhad ni untuk kumpul bekalan kita dan membina dan merapatkan ukhwah bersama orang yang kita kenal. Btw, doakan aku supaya impian aku tercapai. Amiin.

Love always,

Hazie

No comments:

Post a Comment