Wednesday, April 20, 2016

Denial

Assalamualaikum and good evening.

Aku ni seorang manusia yang introvert and no, I'm not a shy person at all. Aku suka duduk rumah dan terutama sekali dalam bilik aku. Bilik aku ni sebenarnya dah lah panas, bau pun kepam pasal banyak sangat barang dan tak kena sinaran matahari. Tapi aku boleh lepas selamba dek je dalam ni lama-lama. Why? It is because aku dah terlalu selesa dalam bilik ni. Jadi ianya membuatkan aku malas nak keluar rumah dan terutama bilik. Jadi aku sampai Muar daripada Dengkil masa 16 April 2016. Aku saja balik lambat sehari pasal nak keluar jalan-jalan dengan housemate aku yang sorang ni. Tak menyesal walaupun penat teramat sangat. 

Okay, aku baru je keluar rumah hari ni, 20 April 2016, untuk jemur baju kerja ibu aku. Kalau tak memang tak ah aku nak tempel muka aku kat luar rumah tu. Tapi bila fikir balik lama jugak tu. Dah empat hari balik rumah baru nak keluar hari ni. Teruk betul perangai aku ni. Hahaha. Jadi aku tengah jemur baju tu, abang sedara aku yang sorang ni tegur lah. Dialog dia lebih kurang macam ni:


AS (Abang sedara): Imah? Imah ke tu?
Aku: Ha ye. Imah ni. Tengah jumur baju.
AS: Bila balik?
Aku: Baru-baru ni je. (Tbh, aku tak ingat bila aku balik masa tu)
AS: Ohh. Cuti semester ke ni?
Aku: Eh tak lah. Imah dah habis dah. Tengah tunggu Degree je ni.
AS: Ohh. Imah makin gemuk ek. Makan berapa kali kat sana?
Aku: (Start malas nak layan) Sekali je.
AS: Yeke sekali. Makin gemuk je.
Aku: Yee. Kat sana busy. Tak sempat nak makan.

Lalu aku pun abaikan abang sedara aku dan teruskan menjemur baju. Aku takde lah makan sekali je kat sana. Aku malas nak layan so aku cakap je sekali. Tapi mostly aku makan malam je pasal aku malas nak makan lunch dan nak jimat duit. Walaupun aku malas nak layan tapi tak bermakna aku marah. Aku tak denial yang aku ni seorang yang berbadan gempal. Thats why aku no hard feeling terhadap komen yang abang sedara aku bagikan kepada aku.

Aku kadang-kadang keliru sebenarnya. Adakah parah rupa, bentuk badan yang penting bagi seorang perempuan? Kalau dia berbadan gempal sikit atau banyak adakah seorang lelaki akan menolak dia? Apakah alasan mereka bahawa perempuan yang berbadan gempal ni takde sex appeal? What I meant by sex appeal ni bukan dari konteks sexual tetapi generally atau lebih specific aura keperempuanan. Aku tahu yang kalau kau seorang perempuan yang kurus atau fit ada rupa paras yang cantik, itu dikira perfect untuk serorang perempuan. Aku tahu itu.

Tbh, aku sendiri sedar yang biasanya kalau sertai apa-apa aktiviti atau program, mesti jarang nak nampak perempuan berbadan gempal sertainya. Aku rasa diorang yang tak sertai pasal diorang ada low self-esteem sangat. Tetapi malangnya aku ni ada high self-esteem bila aku try ukur guna Rosernberg's self-esteem measurement. Aku personally nak jugak kuruskan badan aku ni. Serious aku nak tapi perkataan tapi tu yang menghalang aku. Tapi aku malas. Tapi aku nak tidur. Tapi aku nak makan tu nak makan ni. Tapi aku peduli apa?

Bagi aku, aku nak ada tubuh badan yang sihat supaya aku dapat jauhkan diri daripada menghidapi penyakit yang merbahaya seperti, kolestrol tinggi, darah tinggi, sakit jantung, strok etc. Aku ni dah lah tak suka bau hospital so takkan lah aku nak masuk hospital pasal penyakit-penyakit macam ni. I wanna live my life till the fullest as I can. Aku juga tertanya-tanya sama ada perempuan yang berbadan gempal ni memang tak layak ke dipandang sama macam orang lain tanpa diskriminasi?

Maybe dia ni memang keturunan badan besar-besar atau dia sakit. Jarang orang fikirkan dari segi kotak fikiran sebegini rupa. Tapi aku tak salahkan mereka. Maybe appearance kami yang membuat kan mereka semua anggap kami ni cuma orang gemuk yang tahu baring sambil makan dan pemalas. Its okay. Aku tak marah cuma kasihan sahaja yang mampu aku berikan. Kalau mereka mempunyai pandangan yang lebih luas dan mendalam tentang isu-isu macam ni, mesti diorang akan pandang dari sudut yang berbeza-beza.

Lain orang lain pandangan. Oh ya persoalan yang terakhir. Adakah orang perempuan yang berbadan gempal ni tak layak nak dapat pasangan hidup mereka? Dari pengalaman aku sendiri, aku pernah diberitahu yang aku ni kalau tak kurus, takde siapa yang nak dan akan hidup sorang-sorang sampai mati. Its okay. Aku akan kerja keras dan biayai diri aku ke rumah orang tua yang paling selasa sekali. Ataupun aku hire seorang personal nurse untuk jaga aku nanti. Aku seorang yang realistic. Kalau takde siapa yang berkenan dengan aku, aku pasrah. Maybe takde rezeki aku kat sini. Life must go on.

Love always,

Hazie


No comments:

Post a Comment