Monday, May 9, 2016

Thorn

Assalamualiakum and a very good day.

Hari ni aku nak beritahu satu berita yang mengembirakan hati aku. Well ni dah lama sebenarnya tapi aku saja nak beritahu kat blog ni. Aku akhirnya telah dapat Band 5 untuk peperiksaan MUET aku. Alhamdulillah. Sebelum ni aku dapat Band 4. Aku bersyukur. Aku rasa betullah pepatah yang menyatakan "Dewasa membesarkan kita". Ada ke pepatah tu? Aku pun tak sure sebenarnya. Main hentam je hahah! 

Tapi kali ni aku tak nak cakap pasal MUET atau lain. Aku nak focus pada perkataan "seriousness". Aku selalu salah taip/eja perkataan "serious". Biasanya dia akan jadi macam ni "serius" atau "seriuos". Ya Allah terukkan vocabulary aku ni? Bila masuk part spelling suatu perkataan tu, aku selalu jadi self-conscious. Tapi nasib baiklah ada auto-correct dan Google. Fuh lega.  

Okay berbalik kepada cerita yang asal. Tadi aku marah adik aku yang ketiga. Dia berusia 13 tahun. Tahun ni baru masuk form one kat SMK Convent Muar. Ya. Sekolah lama aku dulu. Dia cakap dan cerita kat aku yang ada segelintir cikgu macam bandingkan dia dan aku tapi Wallahu a'lam. Aku pun tak sure sejauh mana kebenarannya. 

Aku hanya mampu fikir sebab yang paling munasabah perkara macam ni berlaku ialah dari attitude adik aku sendiri. Aku dan adik aku yang sorang ni tak ada hubungan yang rapat sebenarnya walaupun aku memang sayang betul kat dia masa dia kecik-kecik dulu. Sekarang dia suka ber-loyar buruk dengan aku. Eh bukan aku sorang je sebenarnya. Bahkan dengan ahli-ahli keluarga kami yang lain. Termasuklah dengan keluarga pakcik dan makcik aku yang duduk sebelah rumah kami. 

Kakak saudara aku pernah bercakap jujur dengan aku yang dia naik menyirap dengan perangai adik aku yang kuat melawan dan banyak bermain-main yang tak sepadan dengan usia sebenar dia iaitu 13 tahun. Jujur aku cakap, masa aku dengar kakak tu cakap, ada timbul perasaan malu sedikit. Aku terkejut dan tak sangka. Walaupun sedikit tapi masih lagi ada. Biasanya aku memang amalkan sikap pergi-mampus-sama-kau dengan adik aku tu.

Dan pada pagi ini memang aku masih lagi terpikir pasal perkara itu. Adik aku masih tak tidur lagi walaupun sekarang ni dah masuk pukul 2:00 AM. Jangan persoalkan aku. Aku bukannya nak pergi sekolah atau kerja esok. So aku usually memang tidur lagi lambat. Aku geramkan sangat-sangat kat adik aku ni. Aku marah tengok keputusan UPSR dia. Sedih tapi marah lebih menyelubungi diri dan perasaan aku. Bila aku keluar bilik nak pergi ke dapur tadi dia ikut.

Aku tegur atau lebih tepat marah kat dia kenapa tak tidur-tidur lagi. Alasan dia esok tak sekolah agama. Kalau pun tak sekolah agama dan kau tak nak tidur, baik kau baca buku. Belajar. Tegur aku. Aku suruh dia belajar tinggi-tinggi dan marahkan dia dengan kedudukan pelajaran dia sekarang. Suara dan nada aku serious tetapi dia boleh balas macam ni. "Belajar atas peti ais eh? Tadi kak long suruh belajar tinggi-tinggi."

Aku sedih, kecewa dan marah dengar balasan dia tu. Aku rasa nak give up dengan dia. Kalau dia sendiri tak nak ubah diri dia takkan aku pulak nak melebih kan? Aku tak nak dia menyusahkan mak dan bapak aku nanti. Kalau dia ni tak pandai belajar sangat aku tak marah sebenarnya. Tapi tolonglah ringan tulang. Ini tidak! Dah lah tak ada initiative nak improve dalam study lepastu pemalas nak tolong kat rumah! 

Aku ni kalau ikutkan hati memang teruk dia kena. Aku malas nak buat onar pulak kat dalam family aku. Aku penat. Dia memang menyakitkan hati aku. Maybe perkara ni akan berlaku dalam jangka yang panjang. Maybe sampai dia sedar yang dia tu dah cukup besar untuk ambik semua perkara dalam kehidupan dia dalam keadaan yang serious. Ini kerana masa yang berlalu, tak dapat di ulangi semula.


Love always,

Hazie

No comments:

Post a Comment