Friday, June 3, 2016

Perform

Assalamualaikum and good day.


Kali terakhir aku aktif ber-blogging adalah pada akhir tahun 2012 iaitu semasa aku Form two (14 years old). Aku memang selalu sangat edit blog ni. Di sebabkan ketika itu aku memang mahir menggunakan Adobe photoshop so aku memang kerap lah tukar format blog ni pasal aku rajin buat header baru. So selepas aku stop aktif ber-blogging ni, pengetahuan aku tentang nak edit dan menggunakan photoshop turut pudar mengikut arus peredaran zaman. Tambahan lagi, aku punya blog punya html code dah agak jahanam so memang tak boleh nak buat apa dah. Conclusion-nya di sini aku nak beritahu yang aku nak edit blog ni tapi aku dah lupa nak buat macam mana. Jadi aku terpaksa lah berdepan dengan layout yang sama sahaja. 

Okay, aku baru sahaja (well takdelah baru sangat) habis menjadi salah satu pemimpin mahasiswa atau PM dalam Minggu Destinasi Siswa atau lebih di kenali dengan perkataan MDS di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil. Akan tetapi. Sebelum aku melompat dengan lebih dalam ke arah MDS ni, aku nak beritahu juga yang sebelum aku sertai MDS di UiTM Dengkil, aku telah menghadiri sesi temuduga Sarjana Muda Undang-undang (kepujian) di UiTM Shah Alam. 

Iv aku pada awalnya di tetapkan pada jam 8.30 pagi, 21hb May 2016 tetapi ditukarkan pada sesi 2.00 petang pada tarikh yang sama apabila aku check semula surat panggilan temu duga aku tu. Aku gerak dari Muar ke Kuala Lumpur waktu 6.00 PM pada 20 May 2016. Aku gerak awal tu pun pasal pakcik dan makcik aku seboleh-boleh nak hantar aku. Aku malas lah nak berdebat pulak dengan mereka jadi aku pun setuju lah nak stay rumah mereka. Nak pendekkan cerita, pada hari iv tu aku dapat panel 1 group kelima. Yang tak boleh blahnya, salah seorang dari interviewer aku tu adalah Sir Izz, lecturer LAW 088 aku tapi dia tak kenal dan ingat aku pun.

Antara soalan-soalan yang ditanya kepada aku ialah:

1. Introduce your self.
2. What is your favorite law subject?
3. Questions regarding my fav law subj.

Tbh, memang pendek sangat waktu iv aku tu. Sampai aku sendiri jadi risau. Aku ni tak berapa perform ke masa iv tadi? Tapi bila aku tanya balik Sir Izz semasa dia beri taklimat berkaitan Akta 174 masa waktu MDS, dia cakap interviewer dah berpuas hati and that's the reason why sekejap je. Aku rasa agak senang hati juga tetapi aku tetap ada risau. Selagi tak keluar result kemasukan Degree aku tak kan senang duduk. Peringatan! Setiap penal iv akan tanya soalan berlainan. Tak semua yang bernasib baik dapat sekejap je macam aku. Ada je yang lama bebeno kat dalam bilik iv tu. Dan dia juga akan bertanya berkenaan dengan current issues but luckily mereka tak bertanya semasa sesi iv aku.

***

Let's move on to MDS. Aku telah terpilih untuk menjadi PM di MDS UiTM Dengkil. Well aku mohon dan aku dapat jadi. Ianya bermula pada 22hb sehingga 28hb May 2016. MDS ni merupakan antara minggu yang paling memenatkan dalam hidup aku. Aku ni antara salah satu ahli biro program dan protokol. Pada awalnya aku ingat kerja biro program ni just duduk dalam dewan dan jaga MB. Rupa-rupanya aku punya "ingatkan" tu memang kelaut. Kau kena handle program yang nak dijalankan. Skop kerja dia basically kena tahu siapa yang beri ceramah, pastikan mereka datang tepat pada waktunya dan habis ceramah pada waktunya, dan pastikan mereka tahu kat mana tempat nak beri ceramah.

Tapi bagi aku bahagian-bahagian kerja yang aku mentioned sebelum ni biasa aja. Maksudnya takdelah susah mana pun. Bagi aku bahagian yang paling susah sekali adalah nak grab attention MB masa waktu lapang ketika dalam dewan. Aku memang rasa hambar habis lah sepanjang waktu MDS tu. Aku ni dah lah orang asyik cakap garang je pastu bila try nak melawak memang kena cop hambar. Serious sedih dan awkward as ever. Oh ya! Ada kisah menarik juga berkenaan dengan sikap aku yang garang ni.

PM: Awak, saya nak tanya sikit boleh?
Azie: Tanya jelah.
PM: Awak ni memang garang eh?
Azie: Hahahaha takdelah garang. Tegas je. Asal tanya?
PM: Oh, tadi ada MB tanya, "Akak tu memang garang eh?" kat saya.
Azie: Oh okay. Btw nama saya pun memang bermaksud yang tegas dan saya akak sulung. So that's why lah kot nampak garang.

Well aku TAK nafi kan yang aku ni memang tegas sikit jadi aku chill jelah dengan soalan dia tu.

Terdapat sembilan orang ahli biro program. Majority pelajar asasi sains dan TESL. Aku sorang je law kat situ. Tetapi jangan risau. Aku tak mengamalkan semangat assobiah kat situ kay. Rasanya aku tak perlu pun kerana aku punya personality yang memang suka menyendiri dan buat hal sendiri yang membuatkan aku macam loner habis kat sana. Aku tak makan hati atau sedih sangat pasal aku dah terbiasa. Aku paling-paling dapat lepak dengan member pun dengan Icak, Nash, atau kadang-kadang dengan Faiqa. Masing-masing pun berlainan biro jadi takdelah berjumpa sangat.

Sepanjang MDS tu, 2 kali aku terlajak tidur sampai bangun pukul 9.30 PM. Yang sakitnya aku pegang kunci dewan dan budak-budak ni kena masuk pukul 8.30 PM. Banyak gila missed call tapi apakan daya, aku tidur mati tak ingat dunia dan tak dengar langsung ringtone phone aku. Bab rasa bersalah tu memang tak hilang lah tapi aku buat selamba dek jelah lepas aku mintak maaf. Masa yang dah lepas dan kesilapan yang dah berlaku aku memang tak mampu nak buat apa-apa lagi. Disamping aku punya loner atau lone ranger aku kat sana aku ada juga kenangan manis kay sepanjang MDS ni.

Pada hari kedua wave keempat iaitu MB TESL dan law, aku lepak dengan Nash dan beberapa lagi orang PM selepas aku dah habis program sesi petang pada hari tu. Aku tak naik rumah pun pasal takut terlajak tidur untuk program MB pada waktu malam tu. Serious aku cakap, waktu yang pendek dan sekejap itulah yang aku paling happy dan enjoy sepanjang MDS tu. Aku lepak dengan member aku kenal, aku tak hambar sangat, dan aku tak rasa bosan pun. Alhamdulillah aku dapat beri sepatah dua kata kat junior-junior aku nasihat-nasihat sebagai pembakar semangat mereka semasa sesi kuliah maghrib. Aku ada baca tweet #mdsdengkil #dengkilperform yang ucapkan terima kasih for the speech. Aku gembira pasal at least ada yang nampak tujuan aku membebel kat depan mereka.

In a nutshell, it was a hectic and a very tiring week but I'm glad for joining it.


P/S: Saya seorang PEMPIMPIN guys.



Love always,

Hazie

No comments:

Post a Comment